Powered by Blogger.

Air Selangor- Fakta vs Auta Khalid Gagap

Tuesday 29 May 2012

Dikalangan rakyat Selangor mungkin ramai yang semakin keliru dengan isu air yang sedang hangat diperdebatkan. 2 pihak, satu dari peringkat persekutuan dan satu lagi diperingkat negeri memberi pelbagai pendapat untuk dinilai siapakah yang benar dan siapakah yang cuba bermain kotor untuk memperdayakan rakyat.

Mungkin ada dikalangan rakyat yang berfikir orang politik bukanlah pihak yang betul-betul layak untuk bercerita tentang isu ini tetapi kita jangan terlupa orang politik pemikiran mereka menjurus kepada kebajikan rakyat.

Isu air di Selangor kalau dilihat bukan hanya boleh bergantung kepada perkara-perkara asas ataupun logik tetapi perlu disertakan dengan data-data taupun perkara-perkara teknikal yang sudah pasti sukar untuk difahami oleh sesetengah golongan.

Untuk lebih senang difahami, kaedah betul untuk menentukan bekalan air mencukupi atau tidak adalah dengan mengambil kira tahap kapasiti loji-loji rawatan yang sedia ada berbanding dengan permintaan semasa termasuklah kemungkinan peningkatan permintaan atas sebab-sebab pembangunan dan juga peningkatan ekonomi.

Apabila permintaan melebihi pengeluaran situasi ini adalah satu keadaan yang boleh dikategorikan sebagai kritikal dan langkah-langkah segera perlu di buat.

Statistik MIDA yang mengatakan bahawa 129 projek gagal dilaksanakan di Selangor adalah salah satu contoh terbaik untuk kita faham apa sebenarnya yang berlaku di sebalik isu air ini.

129 projek yang gagal dilaksanakan itu adalah projek baru yang memerlukan banyak keperluan asas seperti sumber air. Berdasarkan daripada kajian yang dibuat, rizab air ataupun stok simpanan air di Selangor adalah sebanyak 2.4% sahaja disebalik keperluan 20% stok simpanan yang mesti ada dalam memastikan masalah air tidak akan berlaku.

Berdasarkan kepada 34 loji rawatan air yang sedia ada di Selangor, pengeluarannya adalah sebanyak 4,371 Juta Liter Sehari. Itu adalah kemampuan 34 loji-loji tersebut. Walau bagaimana pun, keperluan air di Selangor tidak boleh di letakkan dalam satu nilai yang tetap kerana penggunaan air tidak menentu. Akan tetapi jumlah keperluan secara keseluruhan tidak akan jauh berbeza jika dibuat perbanding. Hal ini akan dikupas di artikel yang akan datang.

Apa yang penting disini adalah, permintaan di Selangor semakin hari semakin bertambah atas beberapa sebab seperti penambahan penduduk ataupun penambah baikan yang dibuat oleh pemain industri untuk memastikan perniagaan mereka semakin menguntungkan. Permintaan yang bertambah akan memberi tekanan kepada loji-loji rawatan air supaya dapat terus membekalkan air kepada pengguna.

Maka disinilah kita menilai bagaimana kapasiti air terawat ini perlu di tambah dalam menjamin bekalan akan dapat terus dibekalkan. Dalam hal 129 projek baru gagal dilaksanakan itu adalah berpunca daripada ketidak upayaan loji-loji rawatan air yang sedia ada untuk membekalkan air kepada 129 pemaju projek.

Malangnya isu ini cuba dipolitikkan oleh Menteri Besar dengan cuba memesongkan fakta-fakta. Terbaru beliau cuba bermain wayang dengan menjemput Menteri KeTTHA dan pimpinan BN Selangor untuk hadir melihat stok simpanan air tetapi peliknya apabila Noh Omar mengeluarkan kenyataan beliau secara terbuka menasihatkan Noh Omar supaya tidak campur tangan dalam isu air. Adakah Menteri Besar terlupa Noh Omar adalah pemimpin BN Selangor dan sidang media tempohari dibuat di UMNO Selangor dan bukanlah di Kemterian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mungkin Menteri Besar tersilap menerima nasihat daripada firaun-firaun kecil sehingga menyerlahkan kebebalan seorang Menteri Besar. Sila rujuk 2 imej dibawah. 2 kenyataan berbeza dari Menteri Besar.


Sumber : Kita Gempur

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP