Powered by Blogger.

Lagi Kekejaman dan Kezaliman Kerajaan Berkebajikan Selangor

Wednesday 16 May 2012


Klinik Desa Batu 10 Kebun Baru yang terletak dalam Daerah Kuala Langat Selangor telah mula beroperasi sejak tahun 60an. Lebih 50 tahun klinik tersebut telah berbakti kepada peduduk sekitar untuk bermacam-macam jenis rawatan, termasuklah bagi pemeriksaan ibu-ibu mengandung. Kementerian Kesihatan mengambil keputusan untuk meningkatkan segala kemudahan di klinik tersebut termasuklah bahagian bangunan bagi kemudahan rakyat serta kakitangan yang bertugas.

Untuk memberi laluan kepada projek menaik taraf bangunan tersebut, maka perkhidmatan klinik kepada orang ramai di bangunan itu terpaksa dihentikan selama empat bulan. Kementerian Kesihatan boleh membuat keputusan untuk menutup terus klinik di kampung berkenaan sementara kerja-kerja naik taraf siap dilakukan, dan penduduk kampung boleh diminta ke klinik-klinik lain, ke Banting atau ke Klang untuk dapatkan rawatan. Tetapi Kementerian Kesihatan tidak lakukan semua itu sejajar dengan slogan kerajaan, 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Kementerian Kesihatan telah memohon kepada Kerajaan BERKEBAJIKAN Selangor untuk menggunakan balai raya di kampung berkenaan sebagai klinik sementara. Namun ianya tidak dipedulikan dan tidak berjaya. Kawasan berkenaan adalah kawasan kampung dan bukannya senang untuk mendapatkan premis yang bersesuaian bagi dijadikan klinik sementara. Lalu muncul seorang penduduk kampung menawarkan sebuah kedainya yang uzur untuk dijadikan klinik sementara.

Oleh kerana tiada pilihan lain, Pejabat Kesihatan Daerah telah menerima tawaran tersebut dan mereka terpaksa keluarkan bajet terlebih dahulu untuk kerja-kerja ubahsuai kedai tersebut yang uzur sebelum boleh dijadikan klinik sementara. Kedai uzur yang dijadikan klinik sementara.

Persoalannya sekarang, dimanakah laungan PKR, PAS dan DAP selama ini yang mengatakan mereka kerajaan berkebajikan, utamakan rakyat, perjuangan rakyat, rakyat, rakyat, rakyat dan rakyat? Tiada guna bercakap berdegar-degar jika nak pinjamkan balai raya untuk kepentingan rakyat pun tak boleh. Mereka sering menuduh kerajaan BN zionis, zalim , kejam dan sebagainya. Sekarang siapa yang zalim? - Selangordaily.

Sumber : Cucu Tok Selampit

1 comments:

muhamad 16 May 2012 at 14:28  

UTAMAKAN POCKETNYA DULU....BIAR ORANG MAMPUS.....

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP