Powered by Blogger.

Post Mortem Kegagalan Himpunan Belia Selangor 2012 - Khalid Ibrahim Disaran Guna Balai Raya Sebagai Venue Program Belia Pakatan Rakyat

Monday 28 May 2012


Himpunan & Konvensyen Belia Selangor 2012 sah gagal. Kesesuaian mengadakan event tersebut di Kompleks Belia Selangor, Shah Alam ternyata tidak relevan. Malah selayaknya, ia dianjurkan di Balai Raya Kg Sijangkang, kampung asal Exco Belia Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi dan Setpol MB Faekah Husin.

Punca utama kegagalan himpunan kerana beranggapan bahawa Pakatan Rakyat Selangor terlalu kuat dan mendapat sokongan anak muda. Justeru, Dr Ahmad Yunus dengan berani menganjurkan event, serentak dengan Himpunan Jutaan Belia anjuran Kementerian Belia & Sukan.


Dek kerana tersalah jangka, maka dewan besar di Kompleks Belia berkenaan nyata sepi tanpa sambutan menggalakkan.

Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim awal-awal lagi telaah menunjukkan permusuhan dengan pertubuhan-pertubuhan belia di Selangor. Mereka under rate Majlis Belia Selangor, yang disifatkan oleh Khalid bahawa koordinasi MBS keatas pertubuhan-pertubuhan belia seluruh Selangor adalah tidak berkesan. Bukan itu sahaja, MBS tidak diberi sokongan malah dikenakan sewa yang tinggi untuk menduduki ruang premis di Komplek Belia Selangor.

Bagi Khalid pertubuhan-pertubuhan belia tidak penting, lantas menggunakan strategi terus ke dasar melalui kewujudan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di setiap sektor/kawasan dalam PBT-PBT Selangor. Namun, strategi ini ternyata gagal apabila perlantikan PeBT ternyata bukan dikalangan mereka yang berpengaruh dalam komuniti mereka. Andainya PeBT ini berkesan, pastinya kehadiran anak muda bukannya 150 orang di himpunan berkenaan.

Pertubuhan-pertubuhan belia di Selangor ternyata tidak diiktiraf di Selangor. Hal-ehwal belia hanya diurus oleh Bahagian Pembangunan Belia dibawah Majlis Sukan Negeri Selangor, berbanding dengan Jabatan Belia di bawah KBS. Persoalannya, tanpa jabatan khusus ini dan urusan yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Belia, MSN Selangor ini mampu mengurus hal-ehwal belia?

Akhirnya, Anwar Ibrahim sendiri enggan memberi ucaptama dan yang terserlah adalah kelemahan pentadbiran negeri oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dibawah pimpinan Khalid Ibrahim.

Sumber : Akar Umbi

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP