Powered by Blogger.

SELANGOR JAHANAM: DICEKUP KHALWAT JAM 4:00 PAGI DI HOTEL BAJET, TAMAN MUDA!!!

Monday 21 May 2012

AMPANG - Seorang pekerja kilang dicekup khalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Muda, di sini, awal pagi semalam.

Wanita warga Indonesia berusia 22 tahun itu memberi alasan dia tidak dapat pulang ke hostel di Sungai Way selepas jam 11 malam lalu menyewa bilik hotel itu bersama kekasihnya.

Pasangan itu dicekup pada jam 4 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap membuka pintu dan seorang wanita didapati berpakaian lengkap sedang berbaring di atas katil.

Pasangan itu gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram, namun lelaki itu memberi alasan mereka akan berkahwin dalam tempoh terdekat.

Ahmad Nawi berkata, sebanyak dua hotel bajet diperiksa dan pihaknya menahan sembilan individu berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

ULASAN TFK:

Sudah terlalu banyak pendedahan dibuat berhubung kewujudan HOTEL-HOTEL BAJET yang tumbuh bagaikan cendawan di Selangor. Walaupun jumlah kedatangan pelancong di Selangor, tidaklah meningkat secara drastik walaupun Kerajaan Negeri Selangor telah menghabiskan ratusan juta ringgit, termasuklah mengadakan program usahasama dengan penganjur CHALLENGER, namun secara hakikatnya, pelancong di Selangor tetap banyak itu juga.

Lambakan pendatang asing, masalah sosial dan jenayah yang meningkat, terlalu seiring dengan peningkatan dan kewujudan pusat-pusat hiburan baik haram mahupun halal, hotel-hotel bajet dan sebagainya, merupakan intipati kehidupan di Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang khabarnya merupakan KERAJAAN KEBAJIKAN.

Bagi yang mengetahui di mana Taman Muda, pastinya akan tertanya-tanya pelancong mana yang akan datang ke sini. Yang ada di Taman Muda hanyalah PASAR MENJUAL DAGING BABI tidak jauh dari pejabat DUN Teratai, Janice Lee. Tidak ada kilang-kilang besar yang membolehkan kedatangan expatriate atau pegawai-pegawai kilang yang perlu menginap di hotel bajet di Taman Muda.

Yang ada di sini adalah kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang menguasai pelbagai sektor, termasuklah pemerdagangan manusia berdasarkan kewujudan terlalu ramai PATI dan PENDATANG ASING di sekitar Taman Muda.

Gerakan operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan Masjid Al-Azim Pandan Indah nampaknya masih tidak dapat membanteras masalah-masalah ini. Hari ini tangkap seribu orang, esok lusa, dua tiga ribu orang PATI 'kosong' akan datang dan menghuni di kawasan-kawasan perumahan sekitar Ampang, terutama sekali di rumah-rumah pangsa murah tanpa sebarang masalah.

Berita di atas merupakan antara satu daripada BERIBU-RIBU berita lain yang sama tarafnya di Pandan Indah dan seluruh Ampang. Dan di sebalik cerita kononnya, pendatang asing menjadi pengundi hantu di Ampang, orang yang paling kuat melenting apabila pihak polis dan imigresen melakukan operasi menangkap PATI, adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Ampang dan Pandan Indah.

Alasan mereka sangat mudah... tanpa PENDATANG ASING dan PATI, siapa yang nak buat kerja seperti pembersihan dan kontrak!!!

Sumber : The Flying Kick

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP