Powered by Blogger.

SEMANGAT UMNO SELANGOR CUKUP LUAR BIASA.

Sunday 13 May 2012


perubahan mendadak dan keagresifan umno selangor dalam usaha menawan semula selangor makin menyukakan hati aku.

program bersama rakyat yang dijalankan adakalanya membuatkan blogers sampai tak menang tangan nak cover.

kepelbagaian usaha yang dijalankan yang nampak menerobos ke pelbagai peringkat rakyat jelas menampakkan impak.

serangan umno selangor juga makin padu. ini yang aku suka.

PAKAR, yang ditubuhkan oleh umno selangor antara produk-produk berkualiti umno selangor dalam mendekati permaslahan rakyat.

sikap rajin najib,muhyidin dan pimpinan umno selangor yang kerap turun padang jelas menyesakkan nafas pakatan.

program ceramah yang melanyak pakatan yang dilakukan siang malam ada menampakkan keberkesanannya.

kadang-kadang aku terasa flash back, dulu ceramah pembangkang bukan kemain penuh tapi sekarang keadaan sudah jadi terbalik.

kesatuan hati keseluruhan pimpinan umno antara punca mudahnya program dilakukan.

MUBARAK selangor jelas memberikan peranan yang baik kepada barisan pimpinan.


semalam aku lalu kat damansara utama, tempat up town lama. sudah ada kedai KR1M kat kawasan tony pua.

eloknya KR1M ini diperbanyakkan lagi di kawasan flat perumahan di tengah bandar. impaknya akan lebih meluas dan terkesan di hati pengundi peringkat pertengahan dalam mengurangkan sedikit beban perbelanjaan.

dari umno selangor ke kedai KR1M.

aku memohon jasa baik pimpinan umno pusat dan negeri dalam cuba crack lagi beberapa masalah rakyat di peringkat pertengahan.

harus diakui bukan semua pengundi begitu analatikal dalam isu azmin ataupun kalid gagap.

ada kelompok pengundi lebih peka pada permaslahan kos rakyat.

semalam UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM sudah masuk 3 kali melakukan demonstrasi memohon agar kadar tol baik di batu 3 dan sungai rasah dikurangkan.

ini move baik daripada umno yang peka pada situasi.

pengurangan kadar tol di lebuhraya persekutuan, perbanyakkan lagi kedai KR1M di kawasan penempatan padat antara perkara yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak tertentu dalam memenangi majoriti hati pengundi di selangor.

selain permaslahan pengurangan kos kehidupan, kaedah menyelesaikan permaslahan rakyat selangor yang dilakukan oleh PAKAR merupakan ide menarik dan praktikal.

cuba cari lagi ide praktikal yang sebegini.

dengan perubahan besar dan impak yang dilakukan oleh umno selangor begini, aku yakin ianya bakal disenangi oleh majoriti rakyat lalu sedia menukar kerajaan negeri pada pru ke 13 nanti.

GOOD JOB UMNO SELANGOR !
TERUSKAN USAHA SELESAIKAN MASALAH RAKYAT !

Sumber : Gerakan Anti PKR

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP